E-Tutor
   
Countdown
TotalTime(min)
TimeLeft(min)
 
 1  
Sultan Kedah cuba mengambil semula Pulau Pinang daripada Syarikat Hindia Timur Inggeris pada tahun 1791. Apakah kesan daripada tindakan Sultan Kedah itu?  
A: pihak Inggeris membatalkan pembayaran sagu hati kepada Sultan 
B: pihak Inggeris telah melantik pengganti Sultan 
C: pihak Inggeris bertindak secara campur tangan dalam Negeri-negeri Melayu 
D: pihak Inggeris telah mengambil Seberang Perai 
 
   
   A            B            C            D        
 
 2  
Pernyataan yang TEPAT tentang akhbar-akhbar Cina dan India Peranakan ialah...  
I: Memuatkan rencana berkaitan kaum Cina dan India 
II: Memuatkan berita dan peristiwa di negara China dan India 
III: Mengkritik sistem pentadbiran British dan hak istimewa Melayu 
IV: Melaporkan masalah sosial dan ekonomi mereka di Tanah Melayu 
A: I, II dan III  B: I, II dan IV 
C: I, III dan IV  D: II, III dan IV 
 
   
   A            B            C            D        
 
 3  
Negeri Peristiwa Penting
Perak 1874 Sultan Abdullah menan-datangani   Perjanjian Pangkor dengan British
Negeri Sembilan 1874 Dato' Kelana Sungai Ujong menandatangani perjanjian dengan British
Kedua-dua perjanjian tersebut memberi pelbagai implikasi terhadap negeri masing-masing. Kesan daripada perjanjian tersebut ialah...  
A: British berjaya meluaskan kuasa 
B: British menguasai ekonomi 
C: pembunuhan Residen British 
D: perang saudara berterusan 
 
   
   A            B            C            D        
 
 4  
Hak Wilayah Asingan bermaksud...  
A: Wilayah yang bebas daripada pengaruh kuasa Barat di Tanah Melayu 
B: Kuasa perundangan yang diberikan oleh sebuah negara kepada negara lain 
C: Kawasan-kawasan yang tidak dimajukan oleh pihak British di negeri-negeri Melayu 
D: Tanah Rizab Melayu 
 
   
   A            B            C            D        
 
 5  
British berusaha untuk menguasai Johor. Kemudian, Sultan Ibrahim dan British telah menandatangangani perjanjian pada tahun 1914
Apakah kesan perjanjian di atas?  
A: Pelantikan Douglas Campbell sebagai Penasihat British di Johor 
B: British mula campur tangan dalam hal-ehwal agama dan adat istiadat orang Melayu 
C: Pegawai British dilantik memegang jawatan penting dalam kerajaan 
D: Sultan Ibrahim kehilangan takhta kerajaan Johor 
 
   
   A            B            C            D        
 
 6  
Siapakah pengasas Kesatuan Melayu Singapura yang terlibat secara aktif dalam perjuangan mendapatkan kemerdekaan?  
A: Mohammad Eunos Abdullah 
B: Abdul Samad Ahmad 
C: Tengku Kadir 
D: Embok Suloh 
 
   
   A            B            C            D        
 
 7  
Jalan kereta api telah dibina dari tiga buah kawasan ke Pelabuhan Jesselton pada tahun 1905. Tiga kawasan tersebut ialah...  
I: Kota Belud 
II: Weston 
III: Tenom 
IV: Beaufort 
A: I, II, dan III 
B: I, II, dan IV 
C: I, III, dan IV 
D: II, III, dan IV 
 
   
   A            B            C            D        
 
 8  
Antara tokoh-tokoh yang terlibat dalam Suruhanjaya Reid ialah...  
I: Dato Mohd Seth (Wakil orang Melayu) 
II: Sir Ivor Jennings (Wakil England) 
III: Sir William Mckell (bekas Gabenor Jeneral Australia) 
IV: Tuan B.Malik (Hakim Mahkamah Tinggi) 
A: I, II da III 
B: I, II dan IV 
C: I, III dan IV 
D: II, III dan IV 
 
   
   A            B            C            D        
 
 9  
Amerika Syarikat mengenakan sekatan ekonomi terhadap Jepun pada tahun 1940 apabila Jepun enggan berundur dari...  
A: Korea 
B: China 
C: Manchuria 
D: Rusia 
 
   
   A            B            C            D        
 
 10  
Yamtuan Antah
Mat Salleh
Antanom
Apakah persamaan antara tokoh-tokoh tersebut?  
A: Menentang kutipan cukai oleh pembesar tempatan 
B: Menentang penguasaan British di negeri masing-masing 
C: Menuntut kemerdekaan tanahair secara berperlembagaan 
D: Wakil pentadbir British di negeri masing-masing 
 
   
   A            B            C            D        
 
 11  
Gabungan dengan Singapura menyebabkan bilangan orang Cina Malaysia akan melebihi orang Melayu jika Singapura dan Tanah Melayu sahaja yang menyertai Persekutuan Malaysia
Bagaimanakah Tunku Abdul Rahman menyelesaikan masalah ini?  
A: Menolak semula Singapura daripada menyertai Persekutuan Malaysia 
B: Mengetatkan syarat kemasukan imigran 
C: Mengajak Sabah, Sarawak dan Brunei menyertai Malaysia 
D: Memajukan ekonomi 
 
   
   A            B            C            D        
 
 12  
Kerajaan Y → sistem perundangan dan ekonominya telah mempengaruhi sistem yang diamalkan oleh kerajaan Melayu Melaka
Kerajaan Y mempunyai pengaruh yang kuat terhadap kerajaan Melaka, terutamanya pada peringkat awal penubuhannya. Kerajaan Y adalah...  
A: kerajaan Siam. 
B: kerajaan Temasik. 
C: kerajaan Srivijaya. 
D: kerajaan Majapahit. 
 
   
   A            B            C            D        
 
 13  
Masyarakat Y - mereka hidup pada zaman batu awal
Mereka menggunakan alat batu untuk memburu binatang
Penyataan di atas merujuk kepada...  
A: orang Paleolitik. 
B: orang Mesolitik. 
C: orang Neolitik. 
D: orang Zaman Logam. 
 
   
   A            B            C            D        
 
 14  
Pentas Sunda
Selat Melaka
Laut China Selatan
Antara persamaan perkara-perkara di atas ialah...  
A: Wujud pada Zaman Batu Awal. 
B: Wujud pada Zaman Batu Pertengahan. 
C: Wujud pada Zaman Neolitik. 
D: Wujud pada Zaman Logam. 
 
   
   A            B            C            D        
 
 15  
Pada tahun 1446, Tun Perak dilantik sebagai Bendahara dan beliau pernah berkhidmat untuk empat orang sultan. Apakah sifat istimewa yang ada pada Tun Perak?  
I: Bijaksana. 
II: Berani. 
III: Taat setia. 
IV: Lemah lembut. 
A: I, II, dan III 
B: I, II, dan IV 
C: I, III, dan IV 
D: II, III, dan IV 
 
   
   A            B            C            D        
 
 16  
Apakah kepentingan peristiwa Hijrah kepada dunia Islam?  
I: Kerajaan Islam yang pertama ditubuhkan. 
II: Kalendar Islam diasaskan. 
III: Islam dapat disebarkan secara meluas. 
IV: Golongan Quraisy dihapuskan. 
A: I, II, dan III 
B: I, II, dan IV 
C: I, III, dan IV 
D: II, III, dan IV 
 
   
   A            B            C            D        
 
 17  
Johor Lama
Batu Sawar
Kota Tinggi
Sayong Pinang
Mengapakah ibu kota kerajaan Johor sering bertukar tempat antara kurun ke-16 hingga kurun ke-17?  
A: Malapetaka alam. 
B: Perang Tiga Segi. 
C: Ancaman Belanda. 
D: Tumpuan pedagang asing. 
 
   
   A            B            C            D        
 
 18  
Penyataan yang berkaitan dengan kerajaan awal negeri Terengganu ialah...  
I: Pernah ditakluk oleh Majapahit. 
II: Diasaskan oleh Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah. 
III: Mencapai zaman kege-milangan semasa pemerintahan Sultan Mansur Syah. 
IV: Pernah mengakui taat setia-nya kepada Kesultanan Melaka. 
A: I, II, dan III 
B: I, II, dan IV 
C: I, III, dan IV 
D: II, III, dan IV 
 
   
   A            B            C            D        
 
 19  
Mengapakah tindakan MacMichael mendapat persetujuan raja-raja Melayu tentang pembentukan Malayan Union (MU) dianggap mencabar raja-raja Melayu?  
A: Pembaharuan perlembagaan MU diperkenalkan secara mendadak 
B: MacMichael mengugut sultan untuk mendapatkan persetujuan mereka 
C: MacMichael tidak berunding dengan raja-raja dalam pelaksanaan gagasan MU 
D: MacMichael membubarkan Majlis Raja-raja kerana Sultan enggan bekerjasama dalam pembentukan MU 
 
   
   A            B            C            D        
 
 20  
Gerald Templer telah menggunakan Perang Saraf sebagai langkah dalam usaha untuk mengatasi masalah komunis di Tanah Melayu. Rancangan tersebut dilaksanakan melalui  
A: Mengarahkan penduduk supaya tidak membenci komunis 
B: Membuat perancangan yang tertentu supaya masyarakat berperang sesama sendiri 
C: Memberi penegasan tentang kepentingan perpaduan antara kaum untuk menentang komunis 
D: Tawaran pengampunan untuk mereka yang tidak menyokong kerajaan Persekutuan Tanah Melayu 
 
   
   A            B            C            D        
 
 21  
Kerajaan British telah memperkenalkan sistem kad pengenalan untuk membanteras kegiatan PKM. Apakah tujuan sistem kad pengenalan diperkenalkan?  
A: Memutuskan hubungan dengan PKM 
B: Memutuskan bekalan makanan kepada ahli komunis 
C: Membantu pasukan keselamatan mengesan anasir komunis 
D: Memupuk kerjasama antara kerajaan dengan rakyat tempatan 
 
   
   A            B            C            D        
 
 22  
Tunku Abdul Rahman
Lee Hau-Shik
John Thivy
Peranan tokoh-tokoh yang disenaraikan di atas dalam mewujudkan perpaduan kaum ialah...  
A: Membentuk pakatan Parti Perikatan UMNO-MCA- MIC 
B: Menganggotai Jawatan- kuasa Hubungan AntaraKaum 
C: Menubuhkan parti politik untuk memperjuangkan perpaduan kaum 
D: Menganggotai Sistem Kabinet yang mencerminkan kerjasama antara kaum 
 
   
   A            B            C            D        
 
 23  
Berikutan daripada keputusan Pilihan Raya 1955,British terpaksa menerima hakikat bahawa Parti Perikatan disokong oleh rakyat. Apakah tindakan British seterusnya?  
A: Memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu 
B: Menukar Sistem Ahli kepada Sistem Menteri 
C: Membenarkan Parti Perikatan menubuhkan kerajaan sendiri 
D: Orang-orang tempatan diberi latihan pentadbiran dan ketenteraan 
 
   
   A            B            C            D        
 
 24  
Penyerahan Sabah kepada kerajaan British tidak mendapat tentangan daripada rakyatnya.Antara berikut,mengapakah penduduk Sabah tidak menentang penyerahan tersebut?  
I: Kebanyakan penduduk Sabah kurang pendidikan 
II: Penduduk Sabah tidak berpengalaman dalam pentadbiran 
III: Kebanyakan penduduk Sabah tidak memahami tujuan penyerahan 
IV: Penduduk Sabah mengharapkan bantuan British untuk menghadapi musuhnya, iaitu Sepanyol di Filipina 
A: I, II, dan III 
B: I, II, dan IV 
C: I, III, dan IV 
D: II, III, dan IV 
 
   
   A            B            C            D        
 
 25  
Penubuhan Parti Perikatan Sabah memberi kesan yang mendalam terhadap Gagasan Malaysia kerana...  
A: Pengaruh komunis di Asia Tenggara berjaya dihapuskan 
B: British telah memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu 
C: Semua kaum di Tanah Melayu telah mencapai perpaduan 
D: Semua parti di Sabah telah bergabung untuk menyokong Gagasan Malaysia 
 
   
   A            B            C            D        
 
 26  
Sabah dan Sarawak bersetuju menyertai Malaysia kerana...  
A: Mencapai kemerdekaan lebih awal 
B: Memperkuat pertahanan menentang komunis 
C: Mendapatkan bantuan kewangan dari kerajaan Persekutuan 
D: Mengeratkan hubungan kaum di Sabah dan Sarawak dengan Persekutuan Tanah Melayu 
 
   
   A            B            C            D        
 
 27  
Indonesia di bawah pimpinan Presiden Sukarno menentang penubuhan Gagasan Malaysia. Tindakan Indonesia terhadap cadangan penubuhan Gagasan Malaysia ialah...  
A: Melancarkan konfrontasi ke atas Tanah Melayu 
B: Mengadakan tunjuk perasaan di seluruh Indonesia 
C: Menyuarakan sokongan moral mereka kepada Tunku Abdul Rahman 
D: Menculik pemimpin utama negara-negara yang terlibat dalam penubuhan Gagasan Malaysia 
 
   
   A            B            C            D        
 
 28  
Indonesia dan Filipina telah memberikan reaksi negatif dalam penubuhan Malaysia. Apakah faktor yang mendorong penubuhan Malaysia?  
I: Menyekat pengaruh komunis di Singapura 
II: Memajukan ekonomi Sabah dan Sarawak 
III: Mengelakkan penguasaan Indonesia terhadap Sabah 
IV: Mencepat kemerdekaan bagi Sabah dan Sarawak 
A: I, II, dan III 
B: I, II, dan IV 
C: I, III, dan IV 
D: II, III, dan IV 
 
   
   A            B            C            D        
 
 29  
Kesan pengukuhan kuasa orang Bugis di Johor ialah...  
A: Pelabuhan Johor semakin maju 
B: Warisan Melayu digantikan dengan warisan Bugis 
C: Orang Bugis berjaya memonopoli perdagangan di Johor 
D: Orang Melayu kehilangan pengaruh dalam pentadbiran kerajaan Johor 
 
   
   A            B            C            D        
 
 30  
Raja Kechil berjaya dihalau dari Riau
Raja Sulaiman dilantik menjadi Sultan Johor
Antara berikut,kesan pelantikan Raja Sulaiman sebagai Sultan Johor?  
A: Johor menjadi pusat perdagangan 
B: Johor mencapai zaman kegemilangan 
C: Keluarga Bendahara berkuasa di Johor 
D: Kekuasaan orang Bugis bertambah kukuh 
 
   
   A            B            C            D        
 
 31  
Penanaman lada hitam diusahakan oleh kebanyakan kaum etnik Sarawak dan merupakan tanaman tradisional utama di Sarawak
Kaum etnik yang manakah bertanggungjawab mengusahakan tanaman lada hitam di Sarawak?  
I: Iban 
II: Penan 
III: Murat 
IV: Kedayan 
A: I dan II 
B: II dan III 
C: III dan lV 
D: I dan lV 
 
   
   A            B            C            D        
 
 32  
Penduduk persisiran pantai seperti orang bajau dan Suluk memungut agar-agar dan timun laut
Agar-agar dan timun laut ialah...  
A: Merupakan hasil laut 
B: Makanan tradisional di Sabah 
C: Ubat tradisional masyarakat bumiputera Sabah 
D: Hasil hutan yang ditemui di kawasan paya bakau 
 
   
   A            B            C            D        
 
 33  
X berkuasa ke atas Residen di empat buah negeri Melayu
X bertanggungjawab kepada Pesuruhjaya Tinggi dan Gabenor Negeri-Negeri Selat
Jawatan X diwujudkan pada tahun 1896
Siapakah pegawai British X?  
A: Residen Konsular 
B: Residen Jeneral 
C: Gabenor British 
D: Pesuruhjaya Tinggi 
 
   
   A            B            C            D        
 
 34  
Perubahan-perubahan apakah yang telah dibawa oleh keluarga Brooke di Sarawak?  
I: Perlombongan galian merupakan sumber pendapatan utama Sarawak 
II: Penghapusan amalan perhambaan dan sistem perdagangan paksa 
III: Mewujudkan perpaduan kaum di kalangan rakyat Sarawak 
IV: Kemunculan bandar-bandar baru seperti Sibu dan Miri 
A: I, II dan III 
B: I, II dan IV 
C: I, III dan IV 
D: II, III dan IV 
 
   
   A            B            C            D        
 
 35  
Kenapakah penanaman getah mula diberi perhatian pada awal kurun ke-20?  
A: Harga kopi mula merosot kerana pengeluaran yang banyak dari Brazil 
B: Tanah Melayu mempunyai keadaan geografi yang sesuai bagi penanaman getah 
C: Tenaga buruh yang ramai di Tanah Melayu 
D: British menggalakkan penglibatan orang Melayu dengan pemberian intensif 
 
   
   A            B            C            D        
 
 36  
Gua Niah - Sarawak
Gua Gomantang - Sabah
Persatuan sejarah negeri anda diminta membuat satu kajian digua-gua di atas.Sumber UTAMA yang akan digunakan oleh persatuan anda ialah  
A: sumber lisan 
B: sumber bertulis 
C: sumber arkeologi 
D: sumber cari gali 
 
   
   A            B            C            D        
 
 37  
Melalui kaedah apakah pelajar dapat membentuk gambaran tentang sesuatu peristiwa pada masa lalu?  
A: Rekonstruksi 
B: Penyelidikan 
C: Pengamalan 
D: Pembelajaran 
 
   
   A            B            C            D        
 
 38  
Gulieng
Silingut
Bilikan
Senarai ini berkaitan dengan  
A: alat muzik orang Iban 
B: tarian orang Iban 
C: hari perayaan masyarakat di Sarawak 
D: kepercayaan masyarakat di Sarawak 
 
   
   A            B            C            D        
 
 39  
Penduduk tempatan Sarawak saling berhubung untuk bertukar-tukar hasil keluaran. Apakah kepentingan hubungan tersebut?  
I: Dapat mengeratkan hubungan di antara kaum 
II: Dapat memenuhi keperluan harian 
III: Dapat membantu kegiatan perdagangan 
IV: Dapat mengelakkan sumber alam Sarawak mengalir ke luar 
A: I, II, dan III 
B: I, II, dan IV 
C: I, III, dan IV 
D: II, III, dan IV 
 
   
   A            B            C            D        
 
 40  
Pada kurun ke-19, British telah memperkenalkan dasar pecah dan perintah. Akibatnya  
A: rusuhan suku kaum sering berlaku 
B: penduduk di wilayah tersebut berpecah belah 
C: syarif dan imam menguasai wilayah pedalaman 
D: pembesar-pembesar tempatan berjaya menyatukan penduduk dalam kawasan masing-masing 
 
   
   A            B            C            D        
 
 41  
Orang Kadazan mewarisi ke-budayaan tradisi yang kaya. Menurut orang Kadazan bumi dan makhluknya dicipta oleh Tuhan yang bernama  
A: Kinorohingan 
B: Aki Kopuno 
C: Aki Nabalu 
D: Bobohizan 
 
   
   A            B            C            D        
 
 42  
Kerajaan awal boleh berkembang maju dan makmur. Apakah faktor yang menyebabkan hal di atas?  
A: Kecekapan pentadbiran 
B: Kekuatan tentera 
C: Rakyat bersatu padu 
D: Pembangunan yang pesat 
 
   
   A            B            C            D        
 
 43  
Apakah faktor yang menjadikan Melaka sebagai pusat perdaga-ngan antarabangsa?  
A: Sistem percukaian yang adil 
B: Sistem perdagangan bebas 
C: Sistem undang-undang yang adil 
D: Sistem pentadbiran yang tersusun 
 
   
   A            B            C            D        
 
 44  
Tun Putih dilantik menjadi bendahara untuk tempoh yang sangat singkat bagi menggantikan Tun Perak.
Mengapakah Tun Putih tidak kekal lama sebagai bendahara?  
A: Kerana Tun Putih tidak pandai mentadbir 
B: Kerana Tun Putih tidakberpelajaran 
C: Kerana Tun Putih sudah uzur dan tua 
D: Kerana Tun Putih pilih kasih 
 
   
   A            B            C            D        
 
 45  
Apakah faktor yang menyebabkan Acheh dan Johor menjadi pusat perdagangan pada kurun kel6?  
A: Kebijaksanaan pemerintah 
B: Kewujudan Kerajaan Islam yang kuat 
C: Kedudukan pelabuhan yang terlindung 
D: Kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka 
 
   
   A            B            C            D        
 
 46  
Lancara
Dendang
Baluk
Kakap
Bedar
Senarai di atas berkaitan dengan  
A: alat muzik tradisional 
B: pengangkutan 
C: jenis-jenis senjata 
D: alat menangkap ikan 
 
   
   A            B            C            D        
 
 47  
British sentiasa berusaha mendapatkan sebuah pelabuhan di Kepulauan Melayu bagi perdagangan China.Mengapakah British memerlukan pelabuhan tersebut?  
A: Untuk menyekat pengaruh Siam 
B: Untuk mengawal kegiatan lanun 
C: Untuk mengatasi pengaruh Belanda 
D: Untuk dijadikan pusat pengumpulan bahan mentah 
 
   
   A            B            C            D        
 
 48  
Majlis Mesyuarat Persekutuan jelas telah mengurangkan kuasa raja-raja Melayu kerana  
I: raja-raja Melayu tidak boleh bersuara bebas 
II: cadangan raja-raja Melayu tidak dipedulikan 
III: semua urusan boleh dijalan-kan tanpa kehadiran raja-raja Melayu 
IV: semua undang-undang mesti ditandatangani oleh Pesuruhjaya Tinggi 
A: I, II dan III 
B: I, II dan IV 
C: I, III dan IV 
D: II, III dan IV 
 
   
   A            B            C            D        
 
 49  
Dengan cara apakah keluarga Brooke memudahkan pentadbiran Sarawak?  
A: membahagikan Sarawak kepada lima bahagian 
B: mewujudkan pemerintahan monarki 
C: melantik ketua-ketua bumiputera sebagai ketua bahagian 
D: melantik pegawai Eropah memerintah mukim-mukim di Sarawak 
 
   
   A            B            C            D        
 
 50  
Negeri Sabah telah dibahagikan kepada beberapa residensi bagi memudahkan urusan pentadbiran. Setiap residensi diketuai oleh...  
A: Ketua Anak Melayu. 
B: seorang Residen. 
C: Pegawai Daerah. 
D: Pegawai Saham. 
 
   
   A            B            C            D        
 
 51  
Apakah faktor penentangan Dol Said terhadap British?  
I: Mempertahankan kemerdekaan Naning 
II: Mengambil hak mengutip cukai 
III: Menentang bayaran cukai 
IV: Menentang perlaksanaan undang-undang British 
A: I, II, dan III 
B: I, II, dan IV 
C: I, III, dan IV 
D: II, III, dan IV 
 
   
   A            B            C            D        
 
 52  
Penaklukan Jepun ke atas seluruh Tanah Melayu hanya mengambil masa tidak sampai tiga bulan. Hal ini telah memeranjatkan banyak pihak.
Berdasarkan maklumat di atas, apakah kunci kejayaan Jepun?  
A: Strategi peperangan yang baik 
B: Banyak dibantu oleh kuasa luar 
C: Tipu muslihat yang digunakan 
D: Mempunyai kekuatan tentera vans kuat 
 
   
   A            B            C            D        
 
 53  
Menyeru raja-raja Melayu memikirkan kesan sekiranya Malayan Union tidak ditentang
Penyataan di atas berkenaan dengan akhbar...  
A: Majlis. 
B: Tamil Nesan. 
C: Warta Negara. 
D: Utusan Melayu. 
 
   
   A            B            C            D        
 
 54  
Apakah tujuan Pilihan Raya Majlis Bandaran diadakan?  
A: Memilih pemerintah 
B: Memilih wakil rakyat 
C: Memberi peluang kepada rakyat untuk menentukan kerajaan yang bakal memerintah 
D: Memberi peluang kepada penduduk menjalankan tanggungjawab ke arah berkerajaan sendiri 
 
   
   A            B            C            D        
 
 55  
Ahlinya terdiri daripada go-longan muda dalam PPM Sibu.
Mereka kecewa dengan sikap Inggeris yang tidak menghiraukan bantahan mereka secara lembut.
Bersumpah untuk mengha-puskan pemimpin dan pegawai yang menyokong penyerahan.
Kumpulan yang dimaksudkan di atas ialah...  
A: Rukun 13. 
B: Young Malay Association (YMA). 
C: Persatuan Dayak Sarawak (PDS). 
D: Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS). 
 
   
   A            B            C            D        
 
 56  
Pada 30 September 1965, satu rampasan kuasa telah berlaku di Indonesia tetapi dapat dipatahkan oleh tentera Indonesia.
Apakah kesan rampasan kuasa itu terhadap Tanah Melayu?  
A: Indonesia disatukan dengan Tanah Melayu 
B: Berakhirnya konfrontasi Indonesia terhadap Tanah Melayu 
C: Pengaruh Parti Komunis Indonesia meresap ke Tanah Melayu 
D: Hubungan diplomatik di antara Indonesia dan Tanah Melayu terputus 
 
   
   A            B            C            D        
 
 57  
Pencerobohan Tentera Indonesia
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk menghalang pencerobohan di atas?  
I: Mendapat sokongan dari negara Komanwel 
II: Menyusun semula Pasu-kan Pertahanan Tempatan 
III: Mengadakan sekatan di setiap sempadan negara 
IV: Mendapat bantuan keten-teraan daripada kuasa veto Rusia 
A: I dan II 
B: III dan IV 
C: II DAN III 
D: I DAN IV 
 
   
   A            B            C            D        
 
 58  
Indonesia telah mengisytiharkan konfrontasi terhadap Malaysia
Mengapakah konfrontasi tidak sepatutnya terjadi di antara kedua-dua kuasa di atas?  
A: Indonesia dapat mencapai kemerdekaan dengan mudah 
B: Indonesia merupakan sebuah negara jiran yang serumpun 
C: Indonesia dan Malaysia pernah bersama menentang penjajah 
D: Indonesia mempunyai hubungan yang baik dengan Malaysia 
 
   
   A            B            C            D        
 
 59  
Indonesia tidak patut bermusuhan dengan Malaysia
Mengapa?  
I: Indonesia banyak bergantung dengan Malaysia 
II: Indonesia merupakan negara jiran Malaysia 
III: Mempunyai hubungan sejarah yang lama 
IV: Hubungan ekonomi yang mantap 
A: I dan II 
B: II dan III 
C: III dan IV 
D: I dan IV 
 
   
   A            B            C            D        
 
 60  
1965 → Penyingkiran Singapura daripada Persekutuan Malaysia.
Apakah faktor penyingkirantersebut?  
A: Singapura inginkan kemerdekaan 
B: Singapura menolak keistimewaan cukai 
C: Singapura menafikan institusi beraja 
D: Singapura bebas daripada rusuhan kaum 
 
   
   A            B            C            D        
 
 
Back